SUMUR

KERTAS KERJA CADANGAN PROGRAM SUMUR
SMKA SEGAMAT TAHUN 2012
 
PENGENALAN
Selaras dalam melahirkan pelajar yang bersahsiah unggul, maka dicadangkan supaya diwujudkan program pembinaan sahsiah murid secara rutin. Ia menjurus kapada pengisian ilmu dan penghayatan kepada nilai-nilai agama. Program ini akan menjadi pemangkin dan pendorong ke arah melahirkan pelajar-pelajar yang mempunyai ciri-ciri cinta terhadap agama serta diri sendiri. Perlaksanaannya melibatkan para guru dan pemimpin pelajar serta nuqaba’. Di samping kelangsungannya berterusan sepanjang tahun dan pemantauannya berjalan seiring supaya kualitinya sentiasa terpelihara. Justeru, harapan yang tinggi kepada pihak pentadbiran, guru serta pelajar agar dapat memberi kerjasama yang padu di dalam menjayakan hasrat murni ini.
 
MATLAMAT
Melahirkan pelajar yang mendalami ilmu agama, serta menghayati nilai-nilainya.
 
OBJEKTIF
a.Menyemarakkan budaya beribadat dalam kalangan pelajar.
b.Menyuburkan suasana ilmu dalam kalangan pelajar.

MOTTO PROGRAM
Sahsiah Terpuji, Akademik Dikagumi, SMKAS Dirahmati

CIRI-CIRI SAHSIAH UNGGUL MURID (SUMUR)

1. Beragama 

a) Menjaga solat
b) Mendampingi al-Quran
c) Mengamalkan wirid dan zikir

2) Berketrampilan

a) Berpakaian menutup aurat dan kemas
b) Menjaga adab sopan dalam pergaulan.
c) Mempunyai daya kepimpinan yang tinggi.

3) Jati diri

a) Mempunyai keyakinan diri.
b) Sabar dan tabah.
c) Mempunyai semangat juang untuk bersaing ke arah kecemerlangan.

4) Berbudi bahasa

a) Menghormati orang lain.
b) Bercakap dengan bahasa yang sopan dan lembut.
c) Menghargai orang lain
 
AHLI-AHLI JAWATANKUASA

Pengerusi                 
Hajah Siti Esah Binti Abdul Latif (Pengetua SMKAS)

Timbalan Pengerusi        
Ust.Sharifuddin Bin Sulaiman (GPK HEM)

Naib Pengerusi
Ust.Jamil Bin Hussin (GPK 1)
 
Setiausaha               
Uzh.Zuliana Binti Mohd. Shukor (Penyelaras SUMUR)

Ahli Jawatankuasa  
Ust.Rumaja Bin Sarmin (Penyelaras SUMUR & MAKDIS)
Ust.Mohd.Norsham Bin Abdul Rahman (Penyelaras BADAR) 
Ust.Mohd.Nazom Bin Mohd. Yusof (Penyelaras PEKDIS)
Uzh.Siti Rozaimah Binti Zainuddin (Penyelaras Usrah)
Uzh.Nur Farahhuda Binti Abdul Rahman (Guru Usrah)
Uzh.Siti Nur Sabrina Binti Mohd. Radzi (Penyelaras Huffaz)
Ust.Ismail Bin Rosli al-Hafiz (Guru Huffaz)
Ust.Abdul Hadi Bin Mohamad Suhaimi (Penyelaras Program Budaya Quran & Ilmu)
Uzh.Arifah Binti Ayub (Guru Budaya Quran & Ilmu)
 
 
PERANCANGAN PROGRAM / AKTIVITI SUMUR

1.Majlis Pelancaran Program SUMUR (Januari)
2.Pelancaran Program Mabda'aanNajah 
3.Program Usrah Mingguan Pelajar (Januari - Oktober)
4.Program Liqa’ Nuqaba’ (Januari)
5.Program Huffaz (Februari-November)
6.Nadwah Kepimpinan (Februari)
7.Pertandingan Hafazan (Mac)
8.Gotong-royong Keceriaan Taman SUMUR (Mac)
9.Anugerah Tokoh SUMUR (Mac)
10.Integrasi Pelajar ke Sekolah Penanda Aras (April)
11.Kempen 4 Ciri Utama SUMUR & Ceramah (Mei)
12.Khidmat Masyarakat - Agensi Luar (Mei)
13.Malam Kesenian Islam (Julai)

 
ANGGARAN KOS PERBELANJAAN
 
1.Majlis Pelancaran Program SUMUR (RM 100.00)
2.Pelancaran Program Mabda'aanNajah (RM 100.00)
3.Program Usrah Mingguan Pelajar (RM 100.00)
4.Program Liqa’ Nuqaba’ (RM 100.00)
5.Program Huffaz (RM 200.00)
6.Nadwah Kepimpinan (RM 400.00)
7.Pertandingan Hafazan (RM 100.00)
8.Gotong-royong Keceriaan Taman SUMUR (RM 500.00)
9.Anugerah Tokoh SUMUR (RM 200.00)
10.Integrasi Pelajar ke Sekolah Penanda Aras (RM 300.00)
11.Kempen 4 Ciri Utama SUMUR & Ceramah (RM 100.00)
12.Khidmat Masyarakat - Agensi Luar (RM 100.00)
13.Malam Kesenian Islam (RM 700.00)
 
SUMBER KEWANGAN
 
a.Sumbangan Jabatan Pendidikan Islam & Moral (JAPIM) 
b.Sumbangan Persatuan Ibu Bapa & Guru (PIBG)

   
SUMBER TENAGA

a.Semua guru Pendidikan Islam dan Bahasa Arab.
b.Penceramah/ Fasilitator Jemputan
 
PENUTUP

Sesungguhnya tanggungjawab menggunggulkan sahsiah pelajar adalah amanah yang dipikul oleh semua guru dan individu pelajar itu sendiri. Semoga aktiviti yang akan dilaksanakan mendapat keberkatan daripada Allah S.W.T. untuk melahirkan pelajar bersahsiah unggul yang menjadi matlamat utama pendidikan.

 

 
Disediakan oleh,                                                                 

............................................                                              
Uzh.Zuliana Binti Mohd. Shukor                                                        
Penyelaras Program SUMUR                                              
Tahun 2013



Disahkan oleh,      

……………………………....
(JAMIL BIN HUSSIN)
GPK 1 SMKA Segamat


Tarikh : 21 Januari 2013





 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pengunjung